TABUNG SYILING

Wednesday, July 24, 2013

Tentang suatu ketika dahulu

menarilah dan terus tertawa, walau dunia tak seindah syurga, besyukurlah pada yang kuasa, cinta kita di dunia selamanya. LASKAR PELANGI by NIDJI 



ingat tak satu masa dulu, 
bila kumar,kevin dengan abu jadi teman kita, 
tangkap ikan di longkang depan rumah, 
abu yang ada kebun rambutan, 
ajak kita semua sama-sama rasa manisnya rambutan tu, 
kita semua mandi sungai dengan riang rianya, 
bau masing-masing tak payah cakaplah, 
semua benda kita cuba, 
abu,kevin dan kumar warna hidup kita dengan warna-warna pelangi, 
tanpa prejudis, 

"Kumar,hang itam legam macam bontot kuali!"
kumar kejar abu, ditangkap nya abu, kevin jadi refree, 
""1,2,3 tettttt! abu hang kalah" 
lepas tu masing-masing ketawa bersama, 


apa jadi 20tahun lepas tu? 
abu balik kampung nampak anak kevin, 
"jangan kawan dengan cina tu, dia makan babi, berak tak cebok" 
anak abu yang leka bermain facebook pun update status, 
"CINA BABI,BERAK TAK CEBOK" 



dunia dah makin crap sejak ramai orang bodoh reti guna internet, 

No comments: