TABUNG SYILING

Tuesday, June 4, 2013

Review: KIL satu adventure yang mampu memberhentikan masa


8jam lepas, aku rasa masa tu berhenti, aku rasa dunia aku cukup indah, tak perlu janji manis cinta yang tinggi melangit,takperlu  "awak pilih lah dia kerana melepas kan awak itulah cinta sejati bg saya". cinta tu datang dengan cara yang paling halus, halus macam bisikan suara serak basah Cristina Suzanne ATAU dia datang seringkas mungkin macam engkau dan dia berkongsi cerita sambil makan french fries di mana-mana restauran menunggu hujan reda diluar,masa menonton aku macam tak terasa kewujudan diri sendiri,yang ada cuma Akil,Zara dan dunia indah yang mereka ciptakan sendiri,disulami dengan musik-musik kugiran tempatan yang cukup menyemarakkan mood cinta mereka,

cinematography yang lari jauh dari tipikaliti scene movie malaysia, permainan perspektif yang cukup menyenggama minda,tak perlu tempat gempak untuk buat cerita nampak epic,tepi longkang,bawah flat even tho atas bangunan buruk pun dah cukup buat semua nampak cukup cantik,permainan bokeh yang cukup kena dengan mood romantisnya, yang buat untuk kau lupa untuk makan popcorn atau minum softdrink yang engkau beli sebelum masuk kepangung,

pada yang dehagakan karya agung dari scene movie kita, YES! this is it, dan kalau kau rasa wasted,kau baru kene dumb pakwe,tengah bunga-bunga jatuh cinta,yang tengah depress,yang makwe baru lepas kene sailang,yang mak paksa amik ingeering tapi minat fine art, pergi pangung tonton KIL, dan kau akan rasa mahu nikmati hidup semahu-mahunya.

One word, EPIC!

No comments: