TABUNG SYILING

Thursday, December 6, 2012

Pungguk gagal

walau ku lari,namun kau tetap datang datang jua, keranamu cinta tak mampu menahannya. CINTA by MONOLOQUE




dia burung pungguk yang sunyi,
selalu terbang seorang,
dia tahu dia huduh tapi hatinya luluh,
memburu dimalam-malam suram seorang,
makan sorang-sorang,
pendek kata dia si pungguk yang tak pernah punya teman,
selalu dia damba kan si bulan,
hampir tiap malam dia memerhati,
dia tahu bila bulan separuh, bila bulan penuh,
dia selalu curah kan semua ke bulan,

bulan harini aku sunyi,
nasib kau ada teman,
duhai bulan kau lawa hari ini,
terima kasih sudi teman aku malam ni,
bulan, aku mahu ketemu kau,
aku tahu kau jauh dan aku mahu terbang tinggi ke angkasa semata mahu ketemu.


malam tu pungguk terbang ke bulan,
tak sampai 200meter ke awan,
DUSHH!
si pungguk huduh masuk dalam kipas kapal terbang,
tulang hancur,
daging lumat,
tak berbaki,
terus hilang.


dan bulan tetap pegun ditempat biasa,
berkawah,bulat dan sentiasa terang,






tak kira betapa besar cinta kau ke dia,once she dont give a fuck, sampai bila-bila cinta kau akan terus dia  sampahkan. *tersedu* 

No comments: