TABUNG SYILING

Friday, November 30, 2012

Scene kita dan kisahnya yang panjang berjela

termakan hasut dan tulisan si orang buta,diatas pokok akui si penulis blog.KASIHAN by HUJAN




gua tahu, siapa gua nak tulis benda ni, gua tahu nanti ada yang akan cakap

"siapa sial dia ni nak cakap pasal scene"

"hoi! poser kau pegi mampus"

tapi gua tetap nak tulis gak, sebab gua rasa, gua perati, and gua bukan cakap pasal satu scene, its getting worse day by day,
okay umur kau 18,lepas SPM, kau minat photography, lepas tu kau beli DSLR, lepas tu kau keluar outing sekali, kau snap lah gambo ikut suka hati mak bapak kau, lepas tu kau jumpa brader2 yang dah lama main DSLR, kau tunjuk gambo kau, kau tanya dia,

"bang okay tak gambo saya ni?"

lepas tu brader tu cakap,

"budak kau ni kenapa bodoh sgt, gambo kau tak cantik sial, macam sampah, mana kau belaja ni?? oi kau ni budak baru kan? woi kau tak payah main camera, kau pegi merempit lagi bagus!"





apa lu rasa?
DOWN
GIVE UP
DI SAMPAHKAN


so apa yang kau akan buat lepas tu? kau bawak DSLR kau pegi lepak dengan kawan2 setting auto, snap gambo kawan2 isap shisha, KAN?




brader, umur lu bukan makin lama makin rendah, lambat laun lu akan ada komitmen lain,
lambat laun lu akan tingalkan scene,
siapa yang ganti??
HA! budak2 yang gantung DSLR setting auto pakai pop up flash ni lah,
seriously ada beza lu kritik dengan lu bash,
its all about mind set kau mcm mana,

"Sempit, minda terlalu murahan" Kita tak peduli BY Hujan


pernah dengar tak, "the more you give, the more you get"
come on tak salah pon kalau kau nak kritik apa yang budak tu buat, but then, encourage dieorg untuk join scene, and they will improvise their skill bila ada support dari orang2 yang menyokong. kadang2 idea2 newbies ni gempak tapi dieorg cuma tak diberi peluang untuk sampai kan, untuk scene kita jugak, takdenya periuk nasi kau tertutup kalau kau support dieorg, kau bukan hidup seribu tahun pon, lambat laun, kau akan tingalkan jugak benda-benda ni, and budak-budak hingusan ni lah yang akan ganti,


kau nak nanti 10tahun kemudian kau tengok majalah photography gambar macam snap pakai camera phone?


kau nak nanti tempat2 GIG kosong lengang sebab tak ada orang nak pegi nak perform, and tak tahu pon pasal benda tu?


kau nak nanti apa2 yang kau juangkan tu hilang lesap sbb tak ada siapa nak teruskan,  coz generasi selepas kau tu give up sebab kau langsung tak support dieorg???



Gua sokong sangat-sangat brader ni punya komen,



"scene photog kita ni kecik do,konflik dalam scene, orang luar judge lagi, apa nak jadi?" 
-Tweet sorang member- 











No comments: