TABUNG SYILING

Saturday, September 15, 2012

Surat penCINTA yang telah di friendzone kan

tak semua kau rancang akan berlaku, mungkin nasib tak menyebelahi aku  PENAKUT by YUNA



awak, pertama kali saya nampak awak dekat majlis birthday bedah haritu,
hati berdebar,
adrenalin saya laju,
kesempo habis saya masa tu,
saya tanya bedah, "siapa kawan kau tu bedah?"
bedah kata "tu kazen aku(tolong sebut cousin dengan antonansi johan dalam lawak ke der ye) tak lama lagi dia nak pindah sekolah kita, bapak dia kerja sini"
saya suka, saya gembira tak terkata,
takdir tu tertulis indah,
kita jadi classmate,
lagi takdir itu jadi indah,
dalam kelas tu ada satu je sit kosong,
sit kosong tu sebelah saya,
sebenarnya tak ada pon yang nak duduk sebelah saya dalam kelas tu,
saya busuk dieorg kata,
saya gemuk dieorg kata,
saya serabai dieorg kata,
saya looser dieorg kata,
tapi saya okay, alah bisa tegal biasa.
tapi awak slamber aje duduk sebelah saya,
awak hulur tangan ke saya,
"nama kitew maya!"
saya salam sambil kata,
"nama saya latip"
awak tak tahu saya dah suka ke awak sejak nampak awak pakai dress merah dekat birthday bedah haritu,
awak je jadi kawan saya,
awak study dengan saya,
satu kelas tahu saya bangang sejarah,
lepas sekolah awak stayback dengan saya,
awak suruh saya hafal fakta,
sebab sayang saya hafal jugaklah,
tak sangka trial SPM saya dapat B sejarah,
terkejut satu kelas tengok result saya gempak,
terima kasih maya!
awak ingat tak,
masa awak demam,
masa tu parents awak tak ada rumah,
pukul 3pagi saya naik beskal chopper saya pegi 7eleven,
cari panadol untuk awak,
at last panadol dah dapat,
OTW ke rumah awak,
saya terbabas masuk longkang celah bendang,
patah tangan sebelah, 2minggu saya tak pergi sekolah,
awak 5days MC,
saya dua minggu terus,
sory maya tak sempat hantarkan panadol tu,
malu punya pasal saya tak pernah cerita ke awak benda ni,
awak tanya kenapa, saya cakap tergolek jatuh tangga kat rumah,
maya! maya!
awak ingat tak masa birthday awak,
tanggal 11 september tu?
masa tu saya semangat nak belikan hadiah birthday awak,
rasanya enam bulan jugaklah saya tak makan dekat sekolah,
nak belikan awak teddy bear besar gedabak tu,
sekali tak perasan bila masa tah wallet saya tercicir,
baik je dah heret teddy bear tu kat kaunter,
sekali raba poket wallet hilang,
bapak nak menangis saya masa tu,
saya balik rumah semula, cari-cari wallet saya,
tapi hilang!
saya jadi serabut,
birthday awak besok ni,
haaaaa, awak ingat tak sehari sebelum birthday awak,
awak beli goreng pisang dekat warung makcik kiah,
awak terkejut kenapa saya lap meja dekat sana?
haaaa, sebab masa tu saya jumpa makcik kiah,
mintak dia nak kerja sehari tu aje,
dapat lah jugak dalam RM10,
duit tu lah saya buat beli bekas kaca RM5,
lepas tu selebihnya saya beli gula-gula,
saya penuhkan bekas kaca tu,
dengan harapan,
macam mana banyaknya gula-gula manis dalam bekas kaca tu,
macam tu lah jugak manis nya hari-hari yang awak akan tempuhi,
maaf lah saya dapat bagi hadiah yang murah-murah macam tu je,
saya ingat nak beli kad birthday, dalam tu nak tulis
I LOVE YOU,
tapi duit tak cukup pulak,
awak ingat tak,
masa tu, hari terakhir SPM,
kita amik paper Chemistry,
balik tu saya jumpa awak,
saya cakap saya cinta ke awak,
awak ingat tak awak cakap apa?
awak cakap awak angap saya macam kawan je kan?
awak cakap awak tak boleh terima saya,
saya faham,
tapi maaf lah,
masa ambil result SPM saya selitkan kan surat ni dalam fail awak,
........................ (tulisan surat menjadi blur kerana air mata yang jatuh ke surat)





maya lipat surat tu elok-elok, maya masukkan dalam kotak, tiba-tiba satu pelukan hingap ditubuh maya, "sayang sudah lah mengemas tu, esok kita sambung ea,malam jumaat ni kan?" maya senyum, "Latif you ni nakal lah, nak sangat kannnnn!" lampu ditutup yang kedengaran cuma gelak tawa pasangan pengantin baru tersebut..

No comments: