TABUNG SYILING

Monday, February 20, 2012

Ini dia Luahan Rasa kendiri.

Assalammualaikum, 
Kehadapan kawan2 yang kita suka,  sebenar nya larian aku terhenti dek kerana 2 simpang yang aku terpaksa pilih, lama aku terduduk diantara dua simpang sehingakan aku rasa aku dah kelemak berehat, aku perlu teruskan larian tapi aku dilemma, aku benar dalam dilemma kali ini kawan, 

perihal simpang satu, aku lama memerhati, dari 7bulan lepas, aku berlari, berlari dan terus berlari semata-mata untuk ke simpang pertama, simpang pertama ada gua gelap dan berair yang perlu aku tempuh, ade rasaksa kejam yang perlu aku lawan, ada serigala putih yang lapar sedia menunggu, mungkin belum habis aku berlari aku akan mati, tapi diri aku terpangil untuk tempuh semata-mata mahu selamatkan sang Bidadari yang jatuh, patah tulang belulangnya, koyak sayap nya, aku perlu selamat kn dia sebelum dia mati dibaham si rasaksa sunyi sepi. 


Simpang kedua pula menjanjikan jalan yang sangat mudah, sehingga kan aku tak perlu berlari lagi, aku berjalan, hirup udara segar, apabila lapar aku capai buah2 dari pokok yang tumbuh sekitarnya, ada burung berkicauan,dan di hujung perjalanan ku, sedia menunggu sang peri yang terbang megah hulur tangan ke arah ku untuk dibawa ke taman terindah, 


Kali ini aku benar-benar keliru, 


Aku perlu memilih sedang kn membuat pilihan itu adalah benda tersukar yang aku benci buat, beban yang terpikul seolah gila berat, memilih jalan yang tersusun indah atau menempuh cabaran yang mmpu memberhentikan aktivi hati semata mahu selamat kn sang bidadari, aku keliru, sekali lagi aku keliru kawan,

No comments: