TABUNG SYILING

Friday, January 13, 2012

Ini bukan cerita Sebenar

Pagi ini aku cukup bersedia, aku buka mata, "ahh, hari ni hari penting aku, hari penting aku dalam 20tahun kewujudan" aku mandi, bersiap, ku pandang cermin, "rambut ouhhh rambut, bila engkau nak banyak ni? " aku keluar rumah, ku sarungkan vans usang ku, cucukkan Beat ditelinga, aku berjalan pagi itu, tersenyum sendiri, hari ini semua akan terbongkar, tidak mampu lagi aku berahsia, semua akan ku luah kan hari ini, aku teruskan menapak ke tempat menunggu bas, bertahun aku naik bas, "fiq.... ambik lesen, lepas tu kau nk pakai kereta abah tu pakai lah" kerap kali aku diperintah, ku pekak kn telinga, aku lebih suka bas, aku lebih suka melihat keletah manusia2, aku lebih suka memerhati, kehidupan manusia lain, Causeway link berhenti disisi ku, aku naik, "bandar bang? "



........................................................................



Aku smpai didestinasi, aku terus ke tempat biasa, tempat yang dijanjikan didalam laman sesawang, finally! hari ni aku akan ungkapkan semua, kene maki, kene caci belakang cerita, aku tak mahu jadi peminat tidak bernama lagi, pegi mati lah apa yang jadi nanti, ku beli roti, beri si merpati-merpati putih jamah sedikit sarapan, hati tak payah nk cerita lah, mcm nk berderai pecah, "tak pe fiq, kuatkan hati, kuat kan, aku tahu kau boleh" ku pandang lorong kosong belakang ku, DIA! aku nmpak kelibat dia, semakin dekat.... semakin dekat, bahu ku dipegang, 
"afiq....fiq, engkau ke??? " 
"mmg aku, maaf kan aku, aku betul-betul minta maaf "
mata nya mula bergenang, aku nmpak marah,hampa,sedih,kecewa dalam linangan mata nya, 
"tapi kenapa kau perlu buat semua ni bodoh! kenapa?"
dia berpaling, berlari pergi, aku tahu mungkin kali ini larian dia akan tingalkan aku untuk selamanya, 
"aku buat semua ni sebab aku CINTA kan kau! sgtsgt CINTA kan kau!" 



Dia hilang, Larian dia dah tingalkan aku sampai bila-bila.................................




p/s: Tapi aku tahu dia dengar teriakan Iklas aku tadi, aku tahu itu. 

No comments: