TABUNG SYILING

Tuesday, November 15, 2011

Buat si awek berkepak

hidup ni tak mudah,
kadang-kadang rasa hancur,pecah,bersepai.
kadang2, dengan kudrat yang tertingal tulah,
kita kutip balik apa yang dah hancur,
kita cuba cantum perlahan-lahan,
dengan kesunguhan yang terkuat,
kita cantum dgn harapan,
apa yang dah hancur,akan bercantum semula,
lengkap,teguh,kuat!
dan bila apa yang kita harapkan tak seperti yang kita jangkakan,
hati mula luluh,
air mata mencurah dikala malam muncul membelai perasaan kau,
bila musik cerita engkau dan dia mula mengeletek halwa telinga engkau,
hati kau mula tersentuh,
kita perlukan masa, ubat luka yang parah,
kita belajar berdiri semula dari tulang2 semangat yang patah riuk,
kita cuba ubatkan daging hati yang hancur bersepai dgn masa,
biar lama masa berlalu, kau muda lagi,
lama-lama lupalah,
aku percaya kau akan pulih,
wahai awek berkepak,
terbang lah, kali ini,
aku mahukan kau terbang lebih tinggi dari sebelum-sebelum nya.
aku PERCAYA KAU!


p/s:awek berkepak seorang yang sangat sweet.manis,manja dan aku suka berkawan dengan dia,  dan dia merupakan seorang sahabat yang boleh tahan baik juga lah. haha. 

No comments: