TABUNG SYILING

Thursday, November 10, 2011

Bangga! terus kan dengan kebanggaan kau!

terus kan berbangga dengan hidup kau,
kau perempuan hebat! lelaki mana yang tak pernah jatuh dengan kezahiran kau,
kau berteriak bangga dengan apa yang kau ada,
kau nak duit?
keletak keletuk keypad telefon bimbit kau tekan,
hantar pesanan ringkas kepada lelaki-lelaki yang dahagakan belaian ranjang kau.
dengan tubuh kau dapat segala,
kehebatan kau dicanang-canang,
"aku kaki goyang!"
"hari-hari aku pergi goyang"
lepas tu kak?
"lepas tu aku minum! BODOH lah siapa pergi sana tak minum"
balik pukul berapa kak?
"pukol 4pagi aku balik lah, tapi aku tak balik terus"
dah tu pergi mana kak?
"biasa lah, puas kan anak2 ikan aku yang kehausan belaian manja diranjang"
akak tak ingat dosa?
senyap....................................
"nanti tua aku sembahyang lah,buat umrah"
aku senyum.
monolog dalaman,
akak ni dah tahu hari mati dia lah ni, tak pelah kalau mcm tu.



semalam kawan-kawan bercerita dengan aku, kakak tu masuk wad sbb kandungan alkohol yang berlebihan dalam paru-paru, paru-paru jadi hitam, cucuk sana sini. call kawan aku, minta datang hospital bawak lari dia balik rumah.
aku harap akak tu dapat bertaubat dalam masa yang terdekat. sebab dia manusia,seagama, sebangsa dengan aku. dah nama pon manusia, sentiasa ada peluang selagi karbon dioksida dapat dihembusnya.


p/s:kadang-kadang aku rasa beruntung ibu aku jadik diktaktor menyekat aku itu ini dulu-dulu. 

No comments: