TABUNG SYILING

Friday, May 6, 2011

cinta itu apa?

ok, aku ngaku, aku taip entry ni pada pukul 4.34 pagi, pagi jumaat, 6 may 2011, "siyes ape motif aku cakap bnde tuh? " HAHA,
al maklum lah, pagi2 yang sayu ni, ditambah kan aku tenga baca blog seorang buda comel, yang lagu die.. perhh! bapak feeling... HAHA, dekat nota comel budak tu ade tulis,

"tapi cinta itu apa?? " 

siyes, aku bole senyum kod baca bnde tu... sbb........................... tu lah, aku sendiri rasa, cinta tu satu misteri, actually, die bukan misteri, tapi, pandangan kita pada cinta tu berbeza sebenar nye,btw,  sory lah kalau entry aku yang ni panjang ea... hihi... (peewitt!!! fiq menjiwang siot!  )
HAHA! diam aa kao, -.-



JATUH CINTA
bila kita berkenalan dengan seseorang, bila kita mula mengenali die, dan smpai satu masa, ade satu perasaan yang berbeza, rase mcm ade bunga2 je dalam hati, pastu siap ade taman siap ade kolam  ikan lagi, haaa, tak ke parah mcm tu? lepas tu kita sentiasa tertunggu2 segala yang dtg dari die, i mean, kite excited nak tggu die online, text dari dia, bila fon berdering.. haaa, mengelabah, dan bila pangilan tu bukan dari die, haihh, rasa dem gila kod... bila kita meletak kan harapan yang die jugak ade perasaan yang sama dengan kita. bila setiap malam, sebelum tido, org yang kita igt adalah dia, haaa, kalau sindrom tersebut ada pada anda, seriously, you falling in love bebeh! HAHA,

CINTA PANDANG PERTAMA
bila kita bertentang mata dgn dia, tak pun nmpak jea kelibat die, tetibe, ade perasaan yang istimewa pada dia, seriously, cinta pandang pertama ni wujud, tapi rase mcm tak logik kan, nmpak sekali imbas terus jatuh cinta bagai, tapi, kadang2 itu lah indah nya hidup, betul tak? kite fikir mcm ni jea lah, allah tu maha kuasa, kalau dia nak wujud kan perasaan cinta tu, pada sesiapa pun die boleh timbulkan perasaan tu, so, kalau anda terkena sindrom ni, haa! try lah ejas2 lagi, mane tao tu jodoh anda en?  wink2! XD

CINTA PERTAMA
haa, ni aku rasa semua budak 15 tahun keatas pena ada pengalaman ni kod, kecuali si abg rais tu, muka je ensem, tapi tak pena couple smpai skunk kod, psss, jangan2 die gay kod, HAHA! kao ni fiq! dapat tao die, mati kao nanti, HAHA! hmm, kadang2 cinta pertama ni lah, kita paling bnyk buat silap dalam perhubungan, kita paling susah nak lupa kan, hubungan yang paling kita sayang, dan mcm2 paling lagi lah gamaknya, indah kod sebenar nye cinta pertama nih, bila kita kenal apa itu couple, bila kita dapat segala wish hari raya dan raya haji beserta taipusam dari org yang kita sayang, bila 1st time pagi2 ade org call then jerit "monink sayang, i love you!! " bila kita dapat pegang tgn org yang bukan muhrim, dan pertama kali buat dosa mcm tu, HAHA, dan mcm2 yang kita lalui dalam tempoh cinta pertama kita tuh, kalau ada yang still bertahan smpai sekarang, alhamdulillah, kalau boleh pertahan kan lah hubungan tu, tapi kalau ade yang dah kecundang, amek sume yang kita dapat dari cinta pertama tu, dan kalau boleh jangan lah ulang kesilapan tu ok? :)

CINTA SAMA CINTA
haaa, yang ni tak payah lah aku nak cakap, bila dua2 dah ade perasaan yang sama, bagos lah, mesti hubungn tu akan jadik senang gila kan?? :)

CINTA TAK BERBALAS
hmm, ni yang tak best nak story nih, sedey kot, bila kita meletak kan segala harapan, bila kita mengharap yang dia ade perasaan yang sama dengan kita, bila kita korban kan segala yang ada pada kita samaada tenaga, perasaan, wang ringgit, untuk membuktikan yang kita jea lah lelaki/perempuan yang terbaik untuk dia, dan bila kite confest dekat dia, yang kita sayang kan dia, tapi dia cakap yang sebaliknya, seriously, mmg kecewa kod, nak2 kalau kita smpan perasaan tu terlalu lama, lagi lah, mesti hancur gila hati kan, pesanan aku, belaja lah terima hakikat, kalau "dia" tu dah ade BF/GF, walau mcm mana pon rase sayang tu, try lah untuk lupa kan, kalau bole, try untuk menjauh kan diri dari die smpai perasaan tu hilang, lepas tu kalau nak kawan ke ape, mmg takde hal lah kan? bak kata kak rain, perempuan ni, kalau tak nak, die seribu dalih, kalau die nak, die akan diam je, ,, humm, pada aku, lelaki pon mcm tu kod, soo guna lah tips kak rain tuh, kalau agak2 dah 4-5 kali korunk ajak si dia kelua, then mcm2 alasan die bagi, just let the thing go, tak paya kod fikir2 lagi mcm mana nak tarik hati dia bagai, jgn lah rendah kan martabat korunk nak terhegeh2 lagi, saked kod nanti bila korunk tao hakikat sebenar yang die langsung tak sayang kan kao. dan pada yang empunya diri, jangan lah dok bagi harapan dekat org tggi sgt, kesian wei...

CINTA SEJATI
haaa, yang ni, yang aku rasa semua org harap2 kan, bila kita sayang seseorang tu dengan sepenuh hati kita, dan kasih sayang dia pon tak berbelah bagi pada dia, bila kesetiaan tu teguh dalam diri masing2, bila kita saling melengkapi antara satu sama lain,  bila kita menerima segala kelemahan masing2 dengan hati yang terbuka, bila kita dapat melega kan hati die yang gundah gulana, dan dia pon akan buat bnda yang sama, bila kita sangup korban kan segalanya demi kebahagiaan die, bila diri dia jadik harta termahal dalam kehidupan kita... dan lebih manis bila semua tu dapat masuk ke alam perkahwinan, dan kalau ada yang gagal, mereka akan melepas kan sesuatu hubungan tu dengan hati yang terbuka, walau pun susah nak carik ganti, no matter what, life must go on rite? kadang2 tu semua jugak lah yang mengajar kita erti kehidupan. :)

CINTA SEMPURNA
Jika dia (hamba-Ku) mendekat kepadaku sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya sedepa. Jika ia mendekat kepada-Ku sedepa, Aku akan mendekatinya sehasta, jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari.

tetap pada yang maha esa dekat atas sana. :)




pada aku, kita tak perlulah lah meletak kan cinta sebagai keutamaan sebenar nye, sbb kadang2 perasaan kita dipengaruhi saitan durjana tuh, dan sebenarnya mmg hakikat lah wei, setakat kao ade cinta, tapi kalau belaja pon haprak, lepas tu habis sekola keja ntah pape, gaji setakat seribu lebih, dgn cinta tu nanti, kalau masa depan pon tak terjamin, tak bahagia jugak wei, apa kata kita fikir kan  bnde lain jugak selain cinta,
kerjaya,kawan2, tak mati kod kalau x de cinta ni, bak kata kak rain,( hah! kak rain lagi,) hidup ni cuma perlukan makanan,udara dan minuman dan aku nak tmbah duet, hakikat lah wei, jgn lah dok terpengaruh dekat drama2 tb yang terlalu berhambakan cinta tuh... ;)



p/s:aku sedang cuba untuk tidak meletakkan cinta sbg keutamaan, sbb bnde tu mmg dem, HAHA! XD

4 comments:

momo♥ said...

yess ! finally , dapat jugax information ny . hukhuk , TQ<3 ! :DD

Zainurin Zin aka BanZai said...

mendalam tu....... ;)

Budak Kechik said...

suke post nie :) ade kene mengene lagy lagy yg 'cinta tk terbalas'

Nenek Kebaya said...

cinta..itu..buta..wakakakak...