TABUNG SYILING

Thursday, April 28, 2011

KAMI

aku bukan nak review cerita yang dah lama berkurun ni, tapi aku nak cakap yang cerita ni telah mengubah hanpir keseluruhan hidup aku,



HIDUP
kami mengajar aku, yang hidup ni tak mudah, yang hidup ni kene berjuang, yang hidup ni jugak indah, bila kita berjaya kawal hidup kita dgn tangan sendiri, bila apa segala masa depan kita, kita yang decide, bukan org lain, bila kita mula berdiri dgn kaki sendiri, jatuh bergolek dan luka yang dirawat sendiri oleh kita, yang setiap detik hidup kita merupakan titik tolak dalam menentukan nasib kita, kami jugak mengajar aku, yang jahat itu, tak sepenuhnya jahad, dan yang baik itu, tak segalanya baik, yang dendam itu sesuatu yang amat memeritkan untuk disimpan dalam hati,yang, hidup ni, bukan sekadar mengikut telunjuk, tapi memberontak itu kadang2 perlu. yang setiap org dilahirkan sama, tapi persekitaran keluarga dan tempat tinggal mencorakkan atitude,mentaliti dan idealogi mereka, yang manusia dan kesilapan merupakan  teman yang akrab smpai bila2, yang sempurna itu memang tidak pernah wujud, tapi yang istimewa itu, ada dalam diri setiap dari kita,


SAHABAT
kami mengajar aku, yang kita remaja dan sahabat, adelah benda yang besa dalam hidup, bila menagis dengan mereka, kisah cinta frust dengan mereka, gado dgn pasangan dgn mereka, gelak ketawa bagai dengan mereka,ikatan sahabat akan terjadik bila ada pautan antara hati dan idealogi,  kami jugak ajar aku, untuk menjadik seorang sahabat yang btol2 bergelar sahabat, yang sudi menghulur ketika yang lain hampir tergelincir, yang sudi meminjamkan pelita, ketika yang lain meraba2 dalam kegelapan, yang menolak kawan ketepi, dan melindungi mereka dengan darah sendiri, yang sahabat bukan setakat sesuatu yang fizikal, tapi pautan dari hati dan merasakan diri seperti keluarga sendiri, tidak pernah ade sikit demdam kesumat didalam hati, dan itu lah pada aku, sahabat sejati dalam kami.


CINTA
kami mengajar aku, yang cinta sememang nya patot diluah, buat ape sayang tapi org tak tao kan? kami jugak mengajar aku, yang cinta yang tak terluah tu, memakan diri dan perasaan, yang couple itu bukan setakat berpegangan tangan, bila perasaan kita untuk melindungi seorang perempuan atau lelaki itu dengan segala yang ada pada diri, termasuk dengan darah,hati dan jantung sendiri,yang segala kekurangan yg ada dalam pasangan bukan untuk diherdik, tapi diterima apa adanya, dan bila kesetiaan itu memang tak dapat digugat, itulah sebenar nya cinta.

SOSIALITI
kami banyak ajar aku, yang sosial merupakan penyakit terbesar bagi remaja,kadang2 memang memusnahkan hidup mereka, yang gig itu bukan sekadar music, kalau hati tak kuat, mmg hanyut dalam kalangan budak rosak, yang lepak dengan budak tak sekola, makin lama makin buat kan kita rosak, dalam mental atau pon atitude, bila yang sebenar nya, kita remaja meletak kan agama dalam carta terbawah dalam hidup, tanpa kita sedar, agama lah yang membimbing kita, agama lah penyuluh kita, tapi kadang2 kerosakan sosial tu jugak lah, yg bawak kita balik kepangkal jalan.


hidup ni, memang palat, tapi esok masih adaabu ALI


No comments: